Translate

Sabtu, 13 Juni 2026

JIN ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG LEMAH

JIN ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG LEMAH 

Nabi Ibrahim a.s pernah melempar Iblis dengan batu di Jumrah Aqobah. Peristiwa ini akhirnya diabadikan oleh Allah swt kepada umat Nabi Muhammad saw melalui pensyariatan haji.

Nabi Muhammad saw pernah mencekik dan membanting jin ifrit sehingga baginda terasa sejuknya lidah jin itu di tangan baginda.

Saidina Umar r.a pernah bertumbuk dengan jin dan beliau dapat mengalahkan jin itu.

Saidina Khalid bin Al-Walid r.a pernah memancung jin berambut panjang yang menjaga patung berhala Al-Uzza.

______

Dari kisah di atas kita dapat faham bahawa,  tidak mustahil bagi manusia untuk memukul, menangkap, memancung, membanting dan melempar jin. Kerana jin juga makhluk Allah sama seperti makhluk-makhluk yang lain.

Jin walaupun termasuk dalam perkara ghaib, namun ia masih lagi dapat dicapai oleh pancaindera manusia. Adakalanya manusia dapat melihat jin, dapat mendengar suara teriakan atau bisikan jin. Bahkan dapat merasai kehadiran jin seperti merasa meremang bulu roma dan sebagainya.

Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Majmuk Al-Fatawa menyebutkan bahawa jin adakalanya dapat dilihat oleh orang soleh dan juga selain orang soleh.

Begitu juga Ibn Rajab Al-Hanbali dalam kitabnya Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari mengatakan tidak mustahil bagi manusia menangkap, mengikat dan mengurung jin.

Manakala Imam Al-Nawawi dalam kitabnya Al-Minhaj Syarah Shahih Muslim juga berpendapat yang sama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar